
Dalam waktu aku kata sibuk nak:
-ngantar repot eksperiment
-ada pembentangan
-ada diskusi
..rupanya masih mampu gak nak join bola baling kolej dan sertai tournament archery kat Melaka. Haha...bagi gelak je. Sibuk ke mendanya :P
Bila balik bilik, rasa puas pulak sebab rasa dapat suasana 'menjadi orang sibuk' seperti dulu-dulu :) Iyelah, skang ni rasa banyak rehat. Maksudnya, tak aktif dengan persatuan dan kelab. Macam sekarang ni lah, 22 jam depan komputer :p
..tak mustahil orang kata badan aku dah naik. Sebab dah tak aktif cam dulu. Dulu, nak makan dan tido pun tak sempat-sempat. Sekarang, terlebih..hehe
Er, betul kata Abg Faizul, 'orang sibuk je ada masa"
Itu hakikat yang aku oleh pegang masa dulu-dulu lah. Bila 'everything going smooth and happening'. Bukan untuk waktu kini...
Aku rindu nak sibuk cam dulu. Bila sibuk, menda lain pun tak terlepas pandang. Dengan makna, kerja keras untuk segalanya. Persatuan, aktiviti, sukan dan belajar :)
Tapi, nak wat camne, inilah yang aku kena bayar kesan "terlampau sibuk" :P
Kini, kena kembali meraih priority. Kena 'cuti' dari segala macam 'benda alah' yang buat aku sibuk, fokus balik perkara utama dalam hidup pelajar :)
Ah, banyak benda juga yang aku dapat dalam keadaan begini. Peluang pun makin terbuka :) Tak aktif persatuan, aku boleh dah tumpu fasilitator dan penulisan. Sebaik mungkin cuba beri tumpuan :)
Dan, yang paling best, aku bleh pulak nak join feveret game sejak sekolah :) dapat jadi perwakilan lagi. Terima kasih Tuhan. RencanaMu aku syukuri, kerna Kau yang lebih tahu apa yang terbaik untukku.
-jangan sedey wahai orang yang berjuang, sebab Tuhan ada bersama ^_^ V
No comments:
Post a Comment